Sunday, 17 August 2014

Katering Raya 2014

Selamat Hari Raya semua!!. Rasanya kita masih dalam Syawal lagi kan jadi masih boleh beraya lagi. Kami pasti mesti semua orang sibuk dengan jemputan rumah terbuka. Dah jadi macam trend pulak sekarang buat rumah terbuka kan, tapi bagus trend sebegini sebab ni la masanya nak jumpa keluarga atau kawan-kawan lama. Tahun ni kami amat sibuk dengan katering untuk jamuan raya. Ada pelbagai order, ada yang buat jamuan rumah terbuka dan ada pulak yang order untuk jamuan hari raya di pejabat. Tak menang tangan dibuatnya. Yang kami kesalkan, tak banyak gambar jamuan yang sempat diambil sebab asyik terlupa jer. Kalau tidak bleh kami share banyak-banyak di sini.

       Kami sediakan pakej yang sangat fleksibel mengikut budjet anda. Maklumlah hari raya kan...ada yang nak satay. kambing golek, lemang...semua kami akan sediakan untuk anda. Yang penting bagi kami, pelanggan berpuas hati dengan hidangan kami. Kami bukan saja mementingkan rasa tapi juga hiasan sampingan (cthnya : guna bakul, kain batik sebagai hiasan) untuk menaikkan lagi semangat hari raya. Bagi kami kepuasan pelanggan adalah kegembiraan kami.

       Bagi yang berminat untuk membuat tempahan lain seperti majlis akikah, majlis bertunang, akad nikah..jangan lupa untuk hubungi kami. Kami amat menghargai peluang untuk menjadi sebahagian dari majlis terpenting anda semua. Di bawah ada beberapa gambar untuk kongsi bersama. Thanks sebab sudi singgah di blog kami:)

Hafiz : 0165930848
Azrul : 0176018586
Ayu : 0167200455







 

No comments:

Post a Comment