Sunday, 17 August 2014

Katering Raya 2014

Selamat Hari Raya semua!!. Rasanya kita masih dalam Syawal lagi kan jadi masih boleh beraya lagi. Kami pasti mesti semua orang sibuk dengan jemputan rumah terbuka. Dah jadi macam trend pulak sekarang buat rumah terbuka kan, tapi bagus trend sebegini sebab ni la masanya nak jumpa keluarga atau kawan-kawan lama. Tahun ni kami amat sibuk dengan katering untuk jamuan raya. Ada pelbagai order, ada yang buat jamuan rumah terbuka dan ada pulak yang order untuk jamuan hari raya di pejabat. Tak menang tangan dibuatnya. Yang kami kesalkan, tak banyak gambar jamuan yang sempat diambil sebab asyik terlupa jer. Kalau tidak bleh kami share banyak-banyak di sini.

       Kami sediakan pakej yang sangat fleksibel mengikut budjet anda. Maklumlah hari raya kan...ada yang nak satay. kambing golek, lemang...semua kami akan sediakan untuk anda. Yang penting bagi kami, pelanggan berpuas hati dengan hidangan kami. Kami bukan saja mementingkan rasa tapi juga hiasan sampingan (cthnya : guna bakul, kain batik sebagai hiasan) untuk menaikkan lagi semangat hari raya. Bagi kami kepuasan pelanggan adalah kegembiraan kami.

       Bagi yang berminat untuk membuat tempahan lain seperti majlis akikah, majlis bertunang, akad nikah..jangan lupa untuk hubungi kami. Kami amat menghargai peluang untuk menjadi sebahagian dari majlis terpenting anda semua. Di bawah ada beberapa gambar untuk kongsi bersama. Thanks sebab sudi singgah di blog kami:)

Hafiz : 0165930848
Azrul : 0176018586
Ayu : 0167200455







 

Sunday, 3 August 2014

Pakej Catering/Set Lunch 2014

Salam Semua..Rasanya masih awal untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri Maaf Zahir & Batin..Hari ini saya nak update pakej katering terbaru untuk tahun 2014. Memandangkan ramai pelanggan yang call dan tanya contoh menu makan tengahari bawah RM 10..so, dekat sini saya update  yang latest untuk jadi panduan pelanggan yang disayangi sekalian.
           Maklumlah lepas raya ni kan, mungkin ada yang berhajat nak buat rumah terbuka, majlis ,akikah, majlis cukur jambul, majlis masuk rumah baru,jadi bolehlah hubungi pihak kami untuk berbincang. Kami sangat berpengalaman dalam mengendalikan katering dan sangat fleksibel bagi memenuhi kehendak pelanggan contohnya ada pelanggan yang nak order makan sahaja, ada yang nak pinjam pinggan mangkuk sekali, meja, alas meja...semua boleh di uruskan..jangan risau sebab kami berasa berbesar hati untuk menjadi sebahagian dalam majlis anda semua.
          Menu-menu juga adalah pelbagai mengikut budjet pelanggan. Kalau nak kambing panggang pun kami boleh sediakan....;)
         Opss sebelum terlupa, kami juga membuat katering ke pejabat-pejabat untuk seperti mesyuarat, kursus atau kem-kem. Terima kasih kerana sudi membaca. ;)

Hubungi Kami :
Hafiz 0165930848
Azrul 0176018586
Ayu 0167200455

Pakej Lunch 2014/Bawah RM 10

Wednesday, 25 June 2014

Kantin???Kafeteria??Perbezaan antara kedua-duanya

              Topik harini adalah beza antara kantin dan kafeteria. Kenapa pula saya timbulkan isu ni?Sebab..dalam kita mencari peluang bisnes,kadang-kadang ada yang search/google perkataan kantin tapi tak dapat info/pautan mengenai kantin dan ada yang bertanya mengenai kantin tapi jawapannya...."kami takde kantin cuma ada kafeteria". So, saya nak share sikit perbezaan nya.

  •          Kantin ------> Biasanya dipunyai oleh sebuah syarikat sahaja dan biasanya hanya satu kantin dalam sesebuah tempat seperti kilang,hospital, bomba,sekolah etc. Biasanya tempat-tempat ni memanggil sebagai kantin.
  •          Kafeteria -----> Biasanya dipunyai lebih dari sebuah syarikat. Contohnya di universiti, wisma-wisma swasta @ kerajaan, mereka akan memanggil kafeteria dan bukannya kantin. 
Tetapi,jangan tertukar....ada juga yang merasakan kedua-duanya sama. Oleh itu, selalu la luaskan penggunaan perkataan...kantin...atau kefeteria. ..:)

Contoh : Kantin sekolah


Contoh : Kafeteria Universiti

Monday, 23 June 2014

CBC Katering

Seperti yang dikatakan sebelum ni, CBC juga menerima tempahan katering dan aktif mengendalikan katering. Di bawah ada disertakan beberapa gambar katering yang kami kendalikan. Kami biasanya menerima kepelbagaian tempahan tidak kiralah sekiranya 50 orang/pax ke bawah sehinggalah beratus-ratus serta beribu-ribu orang/pax.

           Kami juga menyediakan kepelbagaian menu mengikut budjet yang pelanggan ada. Cara pengendalian kami pula mengikut kehendak pelanggan, ada yang biasa-biasa contohnya cuma sediakan buffet makanan dan ada yang mahukan layanan VVIP seperti napkin yang dilipat ala-ala hotel, mahukan servis dan staf yang beruniform, set pinggan yang mahal dan mcm2 lagi.

           Kalau ada yang berminat membuat tempahan katering dengan kami bolehlah hubungi kami melalu email di bawah :

citarasabaginda@yahoo.com atau
Hubungi En Hafiz 0165930848/ Ayu 0167200455






Tips Katering..Katering..Katering

Hari ni nak update sikit mengenai katering. Kami amat berpengalaman dalam bidang katering samada yang jumlah ordernya bawah 50 orang sehingga lah katering yang melibatkan beratus ratus orang dan InsyaAllah beribu ribu tak lama lagi. So, bagaimana cara nak dapat order katering? Caranya agak simple dan apa yang boleh saya katakan sekali dapat order, bagi servis lebih 100%..Insya Allah mereka akan terus order dari kita di masa akan datang. Dibawah saya sertakan beberapa cara pelanggan membuat tempahan :

a) Bagi yang ada restoran, pelanggan akan datang dan order katering.

b) Boleh buat website/blog atau iklan dekat Facebook tentang bisnes katering.

c) Bagi sektor kerajaan, biasanya mereka telah pun ada katering rasmi. Kalau nak jadi katering rasmi, selalu mereka akan buka tender-tender dan boleh di sertai dengan melalui e-perolehan. Syarat die mestilah ada Sijil Kewangan & Sijil Bumiputera dan mempunyai modal pusingan yang cukup. Tapi bukan semuanya mesti melalui tender....ada event-event tertentu kerajaan yang mereka still boleh order katering luar (bukan katering rasmi) dan selalunya mereka akan search internet untuk cari katerer dan minta quotation.  Nanti esok-esok saya share details ye kalau ada yang berminat nak tahu!

d) Bagi swasta, mereka biasanya akan mempercayai katering katering yang besar untuk majlis tertentu tapi tak semestinya semua. Jika majlis/meeting yang bawah dari 50 org, biasanya katering yang besar ni tak nak..so, inilah masanya mereka mula menjaci katering-katering biasa.