Salam Semua,
Thanks for viewing this site. Kantin kami (CBC) yang terletak di kawasan perindustrian Bukit Raja, Klang memerlukan pekerja.
Saya sedang mencari pekerja kantin samada secara part time or full time. Kalau yang tengah belajar or habis SPM yang tengah tunggu nak sambung belajar, makcik makcik pun amatlah digalakkan. Yang penting, waktu interview bagitau terus terang untuk part time kerana akan memudahkan pihak kantin untuk mencari pengganti yang baru. Details jawatan kosong :
1) Pembantu Tukang Masak (1 orang sahaja)
- Waktu kerja 6.30am -6.00pm
- Rajin, ada pengalaman kerja & boleh buat kuih/air (digalakkan)
- Ada kenderaan sendiri
- Hari bekerja : Isnin - Sabtu (Cuti untuk kecemasan/hal-hal peribadi boleh dibawa berbincang)
- Gaji RM 50 ~ (minimum, bergantung kepada kebolehan/kepakaran akan dibayar lebih)
- Elaun minyak RM 60/sebulan disediakan
- Bayaran gaji : Mingguan
2) Pembantu Dapur (3 orang diperlukan)
- Dua Syif (Pagi : 6.30am - 3pm) & (Petang : 3pm-12malam)
- Syif adalah rotation/giliran mengikut kesesuaian.
- Ada kenderaan sendiri
- Hari bekerja : Isnin - Sabtu (Cuti untuk kecemasan/hal-hal peribadi boleh dibawa berbincang)
- Gaji RM 30-35 (Overtime akan diberi untuk kerja lebih masa)
- Elaun minyak RM 60/sebulan disediakan
- Bayaran gaji : Mingguan
- Kerja : Membantu kerja dapur seperti potong sayur dll
Kami memerlukan pekerja yang boleh mula kerja segera. Kerja senang, pelanggan lebih kurang 200 org pekerja.
Kepada yang berminat diminta hubungi (untuk interview) :
En Hafiz : 0165930848
Pn Ayu : 0167200455
No comments:
Post a Comment