Salam Semua,
Thanks for viewing this site. Kantin kami (CBC) yang terletak di kawasan perindustrian Bukit Raja, Klang memerlukan pekerja.
Saya sedang mencari pekerja kantin samada secara part time or full time. Kalau yang tengah belajar or habis SPM yang tengah tunggu nak sambung belajar, makcik makcik pun amatlah digalakkan. Yang penting, waktu interview bagitau terus terang untuk part time kerana akan memudahkan pihak kantin untuk mencari pengganti yang baru. Details jawatan kosong :
1) Pembantu Tukang Masak (1 orang sahaja)
- Waktu kerja 6.30am -6.00pm
- Rajin, ada pengalaman kerja & boleh buat kuih/air (digalakkan)
- Ada kenderaan sendiri
- Hari bekerja : Isnin - Sabtu (Cuti untuk kecemasan/hal-hal peribadi boleh dibawa berbincang)
- Gaji RM 50 ~ (minimum, bergantung kepada kebolehan/kepakaran akan dibayar lebih)
- Elaun minyak RM 60/sebulan disediakan
- Bayaran gaji : Mingguan
2) Pembantu Dapur (3 orang diperlukan)
- Dua Syif (Pagi : 6.30am - 3pm) & (Petang : 3pm-12malam)
- Syif adalah rotation/giliran mengikut kesesuaian.
- Ada kenderaan sendiri
- Hari bekerja : Isnin - Sabtu (Cuti untuk kecemasan/hal-hal peribadi boleh dibawa berbincang)
- Gaji RM 30-35 (Overtime akan diberi untuk kerja lebih masa)
- Elaun minyak RM 60/sebulan disediakan
- Bayaran gaji : Mingguan
- Kerja : Membantu kerja dapur seperti potong sayur dll
Kami memerlukan pekerja yang boleh mula kerja segera. Kerja senang, pelanggan lebih kurang 200 org pekerja.
Kepada yang berminat diminta hubungi (untuk interview) :
En Hafiz : 0165930848
Pn Ayu : 0167200455
Monday, 6 May 2013
Tuesday, 2 April 2013
Mengenai Citarasa Baginda Catering
Salam semua...Firstly, thanks sebab sudi review page citarasabagindacatering. Sedikit pengenalan berkenaan CBC ni, CBC merupakan brother-sister atau dengan ringkasnya merupakan anak syarikat bersama dengan Restoran Anak&Lesung, yang terletak di Seksyen 23, Shah Alam.
Restoran ini di tubuhkan sejak tahun 2008 dan beroperasi sehingga kini. Bagi penggemar masakan melayu atau ala-ala kampung, boleh la singgah di restoran kami. Berkonsepkan ala-ala butik, kecil tapi cukup memuaskan, kami menjemput semua untuk singgah di restoran kami. Beberapa gambar sebagai pembuka selera di bawah :)
So, tujuan Citarasa Baginda Catering ditubuhkan adalah sebagai permulaan kami dalam dunia Kantin dan Katering. Sehingga ke tahun 2014, kami telah pun beroperasi selama 3 tahun dalam bidang kantin dan telah/sedang beroperasi di 2 kilang di Shah Alam.
Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada yang mempercayai kemampuan kami dan diharapkan kami terus berkembang dari masa ke semasa.
Blog ini bertujuan untuk berkongsi tips mengenai perniagaan, perniagaan yang kami lakukan, sedikit sebanyak cara menyertai tender dan keperluan dalam proposal kantin serta berkongsi resepi. Kami mengharapkan sokongan pembaca blog ini dan terima kasih kerana sudi membaca. Follow kami ye :)

Subscribe to:
Posts (Atom)