Hari ni nak update sikit mengenai katering. Kami amat berpengalaman dalam bidang katering samada yang jumlah ordernya bawah 50 orang sehingga lah katering yang melibatkan beratus ratus orang dan InsyaAllah beribu ribu tak lama lagi. So, bagaimana cara nak dapat order katering? Caranya agak simple dan apa yang boleh saya katakan sekali dapat order, bagi servis lebih 100%..Insya Allah mereka akan terus order dari kita di masa akan datang. Dibawah saya sertakan beberapa cara pelanggan membuat tempahan :
a) Bagi yang ada restoran, pelanggan akan datang dan order katering.
b) Boleh buat website/blog atau iklan dekat Facebook tentang bisnes katering.
c) Bagi sektor kerajaan, biasanya mereka telah pun ada katering rasmi. Kalau nak jadi katering rasmi, selalu mereka akan buka tender-tender dan boleh di sertai dengan melalui e-perolehan. Syarat die mestilah ada Sijil Kewangan & Sijil Bumiputera dan mempunyai modal pusingan yang cukup. Tapi bukan semuanya mesti melalui tender....ada event-event tertentu kerajaan yang mereka still boleh order katering luar (bukan katering rasmi) dan selalunya mereka akan search internet untuk cari katerer dan minta quotation. Nanti esok-esok saya share details ye kalau ada yang berminat nak tahu!
d) Bagi swasta, mereka biasanya akan mempercayai katering katering yang besar untuk majlis tertentu tapi tak semestinya semua. Jika majlis/meeting yang bawah dari 50 org, biasanya katering yang besar ni tak nak..so, inilah masanya mereka mula menjaci katering-katering biasa.